Friday, October 5, 2018

BERSATU KITA ROCK, on the 11th November 2018



In conjunction with MacPherson CC’s 50th jubilee celebration, Planetarium is proud to bring you this exclusive rock concert, BERSATU KITA ROCK, on the 11th November 2018. Tickets available at only $10!
Featuring 3 bands - Ranum, Overload and Mozaphir, it will be a nite to remember. So come and grab your tickets now! PS: I will be the one of the emcees for the nite. DM me for ticket reservations. 


Tuesday, June 5, 2018

Lagu-Lagu Raya Hardrock Guitar Solo Instrumental Versi 1 - 2018


Lagu-lagu raya versi instrumental untuk menikmati lagu raya bercorak baru pada lama dengan guitar solo koleksi yang boleh kita berhibur untuk muzik bercorak baru dalam berirama rock untuk zaman sekarang atau dulu yang bercorak lama tapi di ubah cara baru untuk kita merasakan perbezaannya.


Thursday, August 11, 2016

Classic Heavy Metal with ThiZZihT at CRASHED at Kreta Ayer Peoples' Theather, 18th September 2016 between 2pm to 9pm



Played til the power-tripped. 
Back again to rip the stage; heavy as can be.......

Traditionally characterized by loud distorted guitars, emphatic rhythms, dense bass-and-drum sound, and vigorous vocals. Experience Traditional and Classic Heavy Metal with ThiZZihT at CRASHED! We bring you back to the 80s! \m/ 

Join us at Kreta Ayer Peoples' Theather, 18th September 2016 between 2pm to 9pm..... Tickets are selling at $15......

Please contact ThiZZihT representatives for tixs via FB!!!!!!
- Yann Monstarr
- Zairah Abdat II
- Randy Din Rhoads
- Hairul Sosa 
- Sanny Serizawa
- Sheikh Mushahid
- Nora Monstarr
Or...... Alternatively, do contact +6594838162 (Only via Whatsapp/MSG)

First 15 people will get 20% discount from ThiZZihT and tix will be delivered right to your doorstep!!


more info @ https://www.facebook.com/events/1730915957158946/

Friday, June 24, 2016

Kumpulan rock lagend antarabangsa Scorpions akan turun di singapura pada 21 october 2016


Saturday, December 5, 2015

Search dan Wings Rock Band

Lagu kumpulan Search dan Wings rock band pada zaman kegemilang mereka di awal 80an hingga kehari ini lagu lagu yang kami pilih di-muatkan di music video ini semoga terhibur!







Saturday, August 8, 2015

Konsert Kumpulan Search


Konsert kumpulan search

KONSERT
PANGGUNG KHAYALAN

Akan diadakan pada 24 oct 15 pada 8mlm
komplek sukan educity
nusajaya,
johor bahru

Thursday, May 28, 2015

Amy bengang Search dianggap 'hantu'



PETALING JAYA: Penyanyi-penyanyi rock membidas seorang pakar motivasi dikenali sebagai Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad kerana menyelar kumpulan Search sebagai 'hantu' yang dijemput mengadakan persembahan pada Festival Belia Putrajaya pada 24 Mei lalu. Vokalis kumpulan Wings, Awie berkata, kenyataan pemuda itu seolah-olah datangnya daripada seseorang yang tidak berakal tanpa memikirkan kesan akibat perbuatannya itu. Malah kata Awie, Muhammad Lukman langsung tidak menghormati vokalis Search, Amy sebagai seorang yang lebih tua daripadanya ketika membuat kenyataan tersebut.

"Pada saya ketika dia membuat kenyataan itu dia tidak sempat berfikir perkataan digunakan dan langsung tidak menghormati Amy sebagai orang yang lebih tua daripadanya. "Amy sudah berusia 57 tahun dan adakah dia sedar pengalaman Amy mungkin lebih banyak daripadanya? "Jangan hanya kerana dia menggelar dirinya pakar motivasi dia berhak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu sehingga terlupa tentang perkara baik dilakukan Search atau penyanyi rock lain," ujarnya. Jelas Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47,

 biarpun kenyataan itu tidak ditujukan kepada penyanyi rock lain tetapi sebagai 'orang lama' dalam industri muzik dia mengakui turut terasa. "Amy saya sudah anggap sebagai abang dan saya lebih mengenali siapa beliau. Bak kata pepatah 'cubit paha kiri, paha kanan terasa' dan sudah tentu saya juga terasa. Saya bersetuju apabila Amy enggan melayan pemuda itu untuk berjumpanya,"



See more at: http://beritaharian.sg/gah/hiburan/amy-bengang-search-dianggap-hantu#sthash.ZxEfZRUF.dpuf


Tuesday, December 23, 2014

Kumpulan wings- malaysia




Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Eddie dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black (merupakan bekas anggota asal Kumpulan Babylon) yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.

Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.WINGS berjaya mencipta populariti sebaris kumpulan - kumpulan Rock terkemuka di Malaysia seperti Search, Iklim, Lefthanded & Xpdc

Saturday, December 6, 2014

Kumpulan Search - Namamu teratas




Hadir menonton konsert Search Live In Istana Budaya 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur malam kelmarin mengingatkan penulis kepada konsert-konsert lama mereka lebih 25 tahun lalu.Tidak ada sistem buĂ‚­nyi yang canggih termasuk disokong skrin LED dan sebagainya. Set pentas juga ringkas manakala sistem pencahayaan walaupun berteknologi tinggi, tetapi penggunaannya minimal sekali gus menampakkan pentas agak malap dan 'dark'.


Ia mampu mengembalikan ingatan kepada konsert berskala besar mereka sekitar tahun 1987, 1988 dan 1989 lalu di Stadium Negara, Kuala Lumpur; Stadium Indera Mulia, Ipoh dan Tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.Namun, semua itu bukan penghalang untuk peminat setia Search yang faham dengan konsep muzik dan persembahan Search. Buktinya tiket untuk persembahan malam kelmarin habis dijual.

Begitu juga untuk persembahan malam tadi dan malam ini habis dijual. Difahamkan hanya tinggal beberapa tiket saja lagi untuk persembahan malam esok.Selain menampilkan kelainan apabila diiringi kumpulan Paladin yang terdiri daripada lima pemain cello, Search tampil 'back to basic' di mana Kid dan Noordin selaku tunjang muzik Search sebagai pemain gitar, Nasir di posisi bass dan pastinya Amy sebagai penyanyi.

Dalam persembahan sulung mereka di pentas berprestij itu, Search turut dibantu pemain dram Projek Pistol, Pae yang menggantikan Yazit dan pemain keyboard Firdaus.
Tepat jam 9 malam, tanpa sebarang gimik Search memulakan persembahan dengan lagu Panggung Khayalan, Balada Pemuzik Jalanan, Kejora Ku Bersatu, Laila Namamu Teratas dan Gelora Cintaku.Namun, taring Search belum dilihat dalam lima lagu terawal ini. Belum terserlah keserasian mereka lebih-lebih lagi daripada Pae yang pastinya sukar memberikan 'rhythm' atau rentak Search sebagaimana yang dilakukan Yazit sejak lebih 30 tahun lalu.

Lagu Gelora Cintaku dengan 'riff' gitar yang lebih berat dilihat masih gagal menaikkan semangat penonton.Namun, segala-galanya berubah apabila mereka membawakan lagu Langit Dan Bumi. Bermula dengan lagu ini, Search mula lebih bersemangat. Amy mula beraksi agresif manakala permainan gitar Kid semakin bersih dengan 'riff' dan solo memukau! Seterusnya Search 'membisingkan' Istana Budaya dengan lagu Menuju Puncak, Honky Tong Kosong dan Pelesit Kota.

Secara keseluruhannya, Search mempersembahkan 21 lagu termasuk Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Isi Dan Kulit, Isabella, Gadisku, Diari Habil & Qabil, Gothic Malam Edan, No Way, Fenomena, Kereta Merah dan Pawana. Apa yang pasti, peminat setia Search pulang gembira pada malam itu.Namun, untuk mengatakan ia persembahan terbaik mereka dalam tempoh enam tahun ini, ia agak sukar.

Secara peribadi, penulis masih merasakan Konsert Search Di Awan Biru di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2009; Konsert Double Trouble 2010 (bersama Wings) dan Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC), Mines, Kuala Lumpur pada 2011 masih yang terbaik.

Friday, August 29, 2014

Ramli Sarip adakan konsert di Esplanade



PENYANYI Datuk RAMLI Sarip (gambar) meraikan 45 tahun penglibatannya dalam seni muzik tahun ini menerusi konsert di Malaysia dan Singapura.
29 Aug 2014


PENYANYI Datuk RAMLI Sarip meraikan 45 tahun penglibatannya dalam seni muzik tahun ini menerusi konsert di Malaysia dan Singapura.



Peminat tempatan berpeluang menikmati muzik sepanjang perjalanannya sebagai anak seni menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Konsert Esplanade Teater Di Pesisiran pada 21 Oktober ini.

Sebelum itu, beliau akan membuat persembahan tiga malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dari 17 hingga 19 Oktober.

RAMLI, 63 tahun, berkata kejayaan konsert jelajah Blues Buat Teman yang berakhir pada Mei lalu membuatkan beliau ingin mengadakan konsert berskala lebih besar bersempena dengan 45 tahun dirinya berkecimpung dalam dunia seni muzik.

"Konsert ini akan membawa penonton menghayati pengembaraan seni yang saya lalui sepanjang 45 tahun.

"Terlalu banyak perkara yang mahu saya kongsikan kepada peminat menerusi konsert ini nanti," katanya.

Konsert itu dijangka dibahagikan kepada dua bahagian merangkumi blues rock, akustik, kerohanian dan muzik berkumpulan.

"Insya-Allah, persembahan yang dibawakan pastinya berbeza daripada konsert sebelum ini.

"Memandangkan terlalu banyak koleksi lagu yang ada, saya bersama pemuzik akan meneliti sebaik-baiknya agar memilih lagu yang terbaik buat penonton.

"Malah, para peminat juga boleh memberi cadangan lagu kegemaran mereka menerusi akaun Facebook saya," ujar RAMLI.

Beliau turut mengundang vokalis kumpulan God Bless, Achmad Albar, selain anggota kumpulan Sweet CHARITY iaitu Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir.

Turut diundang menyerikan konsert di Singapura ialah J. Mizan.

Tempahan bagi mendapatkan tiket konsert ini di Esplanade sudah pun dibuka di kaunter Sistic mulai semalam.

Tiket berharga $40, $60 dan $80 (tidak termasuk bayaran tempahan Sistic).

Friday, May 2, 2014

Konsert Love hunter



"Kebanyakan orang hanya mengetahui lagu-lagu hit dan mungkin fikir kita melakukan banyak balada cinta. Tetapi ada lebih banyak untuk band kami ... kami mahu menunjukkan jauh di sebelah yang lebih berat daripada muzik kami."

Lovehunters 'Moliano Rasmadi kepada  penonton boleh harapkan dari persembahan mereka, yang akan merangkumi lagu-lagu penutup oleh kumpulan-kumpulan seperti rocker keras British Deep Purple. Bersama dengan dia adalah bandmates beliau Saharudin Jalil dan Yazid Abu Bakar

Tempah tikit sekarang !

LOVEHUNTERS "ABSALUTE ROCK"

Di mana: The Theatre Ground @ * Scape

bila: Mei 3 / 5 / 14 @ 08:00pm


Kemasukan: $ 78. Tel 9152-8056, 9871-1091 atau 8242-8600 atau membeli dari Inspiria Seni & Muzik di Blok 371 Bukit Batok Street 31, 01-300, SK Sambungan di Blok 36 Chai Chee Avenue, 01-169, atau Charco di Blok 608 Ang Mo Kio Avenue 5, 01-2771

Wednesday, March 12, 2014

Konsert Rollingstone Di-Marina Bay Sand




As Marina Bay Sands is giving back to the public with a free live simulcast of the Rolling Stones Concert, we want to give YOU a chance to pay it forward and give back as well. Everyone knows a Rolling Stones fan who would love to attend this intimate concert, here’s a chance for you to make their wish come true.

All you need to do is submit a short video clip nominating a family member or friend who loves The Rolling Stones, telling us why he or she deserves the chance to watch The Rolling Stones live.

Submit your most creative video clips or YouTube links here and two lucky winners, one determined by popular public vote and one selected by us, will each win a pair of tickets to The Rolling Stones 14 On Fire concert held at Marina Bay Sands Grand Ballroom on 15 March 2014.

Entries may be submitted from 6:00 pm on 20 February to 12 noon on 12 March 2014 and voting will concurrently take place.

Remember to share this with your friends and family and get them to vote for your entry!

Thursday, February 20, 2014

Singapore rock festival

Singapore rock festival 5-6 mar 2014 tempah ticket anda di singapore sistic


SISTIC.com Pte Ltd

10 Eunos Road 8, #03-04

Singapore Post Centre

Singapore 408600

(accessible via Singapore Post Corporate Office Lift Lobby on level 2)

Operating Hours

Mon to Sat: 10am - 10pm

Sun and PH: 12pm - 8pm

SISTIC Ticketing Hotline: +65 6348 5555

RedTix Ticketing Hotline: +603 8775 4666

KiosTix Ticketing Hotline: +6221 5316 3240

Email

customerservice@sistic.com.sg

support_redtix@airasia.com

For more information, please visit

http://redtix.airasia.com/Events/SingaporeRockFest
http://www.kiostix.com/tuk_kiostixevt/singapore-rock-festival


Sunday, January 12, 2014

Kumpulan Rustyblade

Kumpulan Rusty Blade berasal daripada Singapura dan suatu masa dulu pernah digelar Iron Maiden Singapura. Sebab tu dlm gambar tu ada maskot hantu, ala ala Iron Maiden. Tambahan pulak kumpulan ni pernah popular dengan lagu 'langsuir liar Kumpulan ni asalnya dianggotai oleh Yantzen Juniwan(vocal), Khalid Mobin(guitar), Mamat(2nd Gitar), Razak(bass) dan zan(drum). Mula menghasilkan EP pertama pada tahun 1985 iaitu '786 Ikrar Perwira' dan album pertama


mereka menyusul setahun kemudian iaitu 'Rintangan Hidup Dunia'. Boleh dikatakan album paling laku Rusty blade dijual melebihi 100 000 unit. Lagu 'langsuir liar' ada dalam album ni la. Album 'Berat' menyusul pada tahun 1987 diterbitkan oleh Rusty Blade sendiri dan



sesuai dengan namanya, lagu lagu dalam album ni lagi berat dari album sebelum ini. Semasa album ini Leman a.k.a Man karen dari kumpulan Rockers menyertai Rusty Blade memantapkan lagi usaha Rusty Blade untuk muncul dengan lebih heavy dan aggresive. Album ni pun boleh tahan bestnye. Album terakhir Rusty Blade 'Awas' muncul pada tahun 1988, album ni kurang mantap kalau nak banding dengan album Rusty Blade yang lain tapi tetap best. Selepas berpecah Yantzen menyertai MAY. Kumpulan pertama yang dianggotai beliau ialah 'Heaven Curse' iaitu sebelum menyertai Rusty Blade.

Saturday, January 11, 2014

Kumpulan Sweet Charity



Kumpulan Sweet Charity sebuah Kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)


Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah


Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G.Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.

Battle of the band



Battle of the Band (BOTB) bermula tahun 1986 diasaskan oleh saudara Ali Bakar. BOTB sebenarnya adalah album yang menggabungkan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan muzik rock di malaysia. BOTB yang pertama menampilkan Ella & The Boys, Bloodshed, Lefthanded, SYJ dan Rahim Maarof & Whitsteel. Album BOTB ni memang meletup giler time ia dikeluarkan dengan gambar depannya kereta kebal cukup menggambarkan betapa rock nye album tersebut.


Album BOTB ni membawa impak yang besar dalam sejarah rock di Malaysia, walaupun kumpulan rock telah wujud sebelum album ini dikeluarkan. Boleh dikatakan album ini ialah pencetus zaman kegemilangan rockapak. Selepas album BOTB keluar, banyak siri BOTB live concert diadakan di seluruh negara terutama dia Penang, Perak dan Johor. BOTB live concert ini bertujuan untuk mempromosi album BOTB dan ditambah dengan persembahan kumpulan-kumpulan rock popular lain pada masa itu. Sejak tu bermulalah era kegemilangan Rockapak. Mana-mana pergi pun boleh tengok brader pakai seluar jeans ketat koyak dengan rambut panjang ala ala sarang tebuan.

Kumpulan Rockers



Kumpulan Rockers berasal dari Singapura, ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama asalnya Killing Machine. Kumpulan itu kemudiannya menukar nama band kepada Rockers sebelum merakamkan album. Album pertama Rockers diterbitkan pada tahun 1988 berjudul Kekejaman. Line-up Rockers ketika itu ialah Johan (vocal), Aziz (Gitar), Rashid (Gitar), Leman a.k.a Man Karen (Bass) & Irman (Drum).



Kejayaan album pertama mereka mendorong Rockers untuk menghasilkan album kedua iaitu Harakah pada tahun yang sama. Tetapi dalam album ini, tempat Man Karen digantikan oleh Hamzah kerana beliau bertindak keluar dari Rockers dan menyertai Rusty Blade.

Pada tahun berikutnya, Rockers berjaya menghasilkan album ketiga mereka iaitu Andalusia sebelum berlaku perselisihan antara Johan dan Rockers mengakibatkan beliau bertindak keluar dari rockers dan melarang Rockers menggunakan nama dan logo Rockers untuk album berikutnya.

Album keempat Rockers burjudul Dukun lebih cenderung kepada speed metal. Kali ini mereka menampilan Jumat sebagai vocalist dan BJ sebagai gitar utama menggantikan Aziz (BJ menyertai Rockers sejak album Andalusia lagi). Dalam album yang diterbitkan pada tahun 1991 ini, mereka menggunakan nama Rockerz dan logo yang berbeza daripada sebelum ini. Disebabkan terdapat masalah dengan syarikat rakaman, album ini kurang mendapat publisiti dan hanya sedikit sahaja dijual. Kumpulan Rockers kemudiannya menyepi pada tahun 1993 kerana komitmen pekerjaan dan family.

Lagu lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rockers adalah seperti Memori, Kekejaman, Harakah, Rayuan syaitan, Dua insan bercinta, bunga bangsa, Musnah Harapan dan banyak lagi. Boleh dikatakan kesemua lagu yang pernah dibawa oleh kumpulan ini best belaka.

Si gadis lincah




berjalan jalan di pusat kota yg sibuk
tua dan muda dgn langkah asyik nya
si gadis lincah turut sama berkeliaran
dgn pakaian yg menjolok mata.
mata memandang syaitan pun galak merancang.
mengheret jiwa murni ke lembah yg menghancurkan
siapa terpedaya..
jadilah pencinta dosa.
tuhan yg kuasa.


jauhkan mereka dari noda dunia.
jika kau tahu maksud senyuman yg bermadu
elak kan diri sebelum kau dirayu
agar penyakit yg berbahaya x menyerang mu.



si gadis lincah berputar mencari cinta.
di ceruk kota atau pusat beli belah.
sape terpedaya kelak menjadi mangsa.
siapa terpedaya...
jadi lah pencinta dosa.
tuhan yg kuasa.
jauhkan mereka dari noda dunia.


itulah lagu yang tak asing lagi dari kumpulan rock tanair dari singapura Rusty Blade lagu kesukan anak muda pada tahun 80an pada masa rock tengah 'panas beb' anak muda mudah terbakar jika ditenung lama-lama
ikuti la lagu mereka disini


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More