PETALING JAYA: Penyanyi-penyanyi rock membidas seorang pakar motivasi dikenali sebagai Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad kerana menyelar kumpulan Search sebagai 'hantu' yang dijemput mengadakan persembahan pada Festival Belia Putrajaya pada 24 Mei lalu. Vokalis kumpulan Wings, Awie berkata, kenyataan pemuda itu seolah-olah datangnya daripada seseorang yang tidak berakal tanpa memikirkan kesan akibat perbuatannya itu. Malah kata Awie, Muhammad Lukman langsung tidak menghormati vokalis Search, Amy sebagai seorang yang lebih tua daripadanya ketika membuat kenyataan tersebut.
"Pada saya ketika dia membuat kenyataan itu dia tidak sempat berfikir perkataan digunakan dan langsung tidak menghormati Amy sebagai orang yang lebih tua daripadanya. "Amy sudah berusia 57 tahun dan adakah dia sedar pengalaman Amy mungkin lebih banyak daripadanya? "Jangan hanya kerana dia menggelar dirinya pakar motivasi dia berhak mengeluarkan kenyataan dangkal seperti itu sehingga terlupa tentang perkara baik dilakukan Search atau penyanyi rock lain," ujarnya. Jelas Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47,
biarpun kenyataan itu tidak ditujukan kepada penyanyi rock lain tetapi sebagai 'orang lama' dalam industri muzik dia mengakui turut terasa. "Amy saya sudah anggap sebagai abang dan saya lebih mengenali siapa beliau. Bak kata pepatah 'cubit paha kiri, paha kanan terasa' dan sudah tentu saya juga terasa. Saya bersetuju apabila Amy enggan melayan pemuda itu untuk berjumpanya,"
See more at: http://beritaharian.sg/gah/hiburan/amy-bengang-search-dianggap-hantu#sthash.ZxEfZRUF.dpuf
0 comments:
Post a Comment