Sunday, January 12, 2014

Kumpulan Rustyblade

Kumpulan Rusty Blade berasal daripada Singapura dan suatu masa dulu pernah digelar Iron Maiden Singapura. Sebab tu dlm gambar tu ada maskot hantu, ala ala Iron Maiden. Tambahan pulak kumpulan ni pernah popular dengan lagu 'langsuir liar Kumpulan ni asalnya dianggotai oleh Yantzen Juniwan(vocal), Khalid Mobin(guitar), Mamat(2nd Gitar), Razak(bass) dan zan(drum). Mula menghasilkan EP pertama pada tahun 1985 iaitu '786 Ikrar Perwira' dan album pertama


mereka menyusul setahun kemudian iaitu 'Rintangan Hidup Dunia'. Boleh dikatakan album paling laku Rusty blade dijual melebihi 100 000 unit. Lagu 'langsuir liar' ada dalam album ni la. Album 'Berat' menyusul pada tahun 1987 diterbitkan oleh Rusty Blade sendiri dan



sesuai dengan namanya, lagu lagu dalam album ni lagi berat dari album sebelum ini. Semasa album ini Leman a.k.a Man karen dari kumpulan Rockers menyertai Rusty Blade memantapkan lagi usaha Rusty Blade untuk muncul dengan lebih heavy dan aggresive. Album ni pun boleh tahan bestnye. Album terakhir Rusty Blade 'Awas' muncul pada tahun 1988, album ni kurang mantap kalau nak banding dengan album Rusty Blade yang lain tapi tetap best. Selepas berpecah Yantzen menyertai MAY. Kumpulan pertama yang dianggotai beliau ialah 'Heaven Curse' iaitu sebelum menyertai Rusty Blade.

0 comments:

Post a Comment

Metallica - Nothing Else Matters 2007 Live Video Full HD

Recent Posts

Featured Posts

Comments

recentcomments

Muzik rock pilihan kami

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More