Friday, August 29, 2014

Ramli Sarip adakan konsert di Esplanade



PENYANYI Datuk RAMLI Sarip (gambar) meraikan 45 tahun penglibatannya dalam seni muzik tahun ini menerusi konsert di Malaysia dan Singapura.
29 Aug 2014


PENYANYI Datuk RAMLI Sarip meraikan 45 tahun penglibatannya dalam seni muzik tahun ini menerusi konsert di Malaysia dan Singapura.



Peminat tempatan berpeluang menikmati muzik sepanjang perjalanannya sebagai anak seni menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Konsert Esplanade Teater Di Pesisiran pada 21 Oktober ini.

Sebelum itu, beliau akan membuat persembahan tiga malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dari 17 hingga 19 Oktober.

RAMLI, 63 tahun, berkata kejayaan konsert jelajah Blues Buat Teman yang berakhir pada Mei lalu membuatkan beliau ingin mengadakan konsert berskala lebih besar bersempena dengan 45 tahun dirinya berkecimpung dalam dunia seni muzik.

"Konsert ini akan membawa penonton menghayati pengembaraan seni yang saya lalui sepanjang 45 tahun.

"Terlalu banyak perkara yang mahu saya kongsikan kepada peminat menerusi konsert ini nanti," katanya.

Konsert itu dijangka dibahagikan kepada dua bahagian merangkumi blues rock, akustik, kerohanian dan muzik berkumpulan.

"Insya-Allah, persembahan yang dibawakan pastinya berbeza daripada konsert sebelum ini.

"Memandangkan terlalu banyak koleksi lagu yang ada, saya bersama pemuzik akan meneliti sebaik-baiknya agar memilih lagu yang terbaik buat penonton.

"Malah, para peminat juga boleh memberi cadangan lagu kegemaran mereka menerusi akaun Facebook saya," ujar RAMLI.

Beliau turut mengundang vokalis kumpulan God Bless, Achmad Albar, selain anggota kumpulan Sweet CHARITY iaitu Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir.

Turut diundang menyerikan konsert di Singapura ialah J. Mizan.

Tempahan bagi mendapatkan tiket konsert ini di Esplanade sudah pun dibuka di kaunter Sistic mulai semalam.

Tiket berharga $40, $60 dan $80 (tidak termasuk bayaran tempahan Sistic).

0 comments:

Post a Comment

Metallica - Nothing Else Matters 2007 Live Video Full HD

Recent Posts

Featured Posts

Comments

recentcomments

Muzik rock pilihan kami

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More